luAhan HaTi dAN pEraSaan Vol 2

andai lelaki tahu 
ASSALAMUALAIKUM... ^_^


Menarik x tajuk kat atas tu??entah laa... tibe2 jer aina rase nk share..... benda ni kat korunk!! kenapa?? jika anda fahami mungkin ada turut mengerti....
hurm..ENTRY sebelum2 ni pon banyak pasal kolej so kalini pasal cinta..... pulak..akhs!!bukan nak jiwang..tapi ni realiti ap yang kaum hawa rasakan
so..cam biasala kalau nk tau kena baca sampai abehhh!!!!! 
kalau  x anda boleh berambus dari sini nak ^_^jahat pulak aina nih...sowii!!gurau jer okey........(credit to : iffah )



Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 
tapi percayalah, itulah maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang.. 
tetapi dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda anak kecil 
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit 
atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 

Selagi dia dengan kamu, percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya 
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat 
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata, 
“tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 

Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri 
yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu 
yang terbaik untuk anak2 anda.


renungkanlah,tulus ikhlas dari hati kecil kaum hawa : ditaip oleh ~ ainaa <3